Latar belakang Macbeth (opera)

20 tahun selepas penulisan opera ini, Verdi diminta untuk menambahkan muzik tambahan untuk persembahan di Théâtre Lyrique di Paris. Permintaan ini memberi beliau peluang untuk merombak keseluruhan opera “Macbeth”. Versi ubah suai “Macbeth” dipersembahkan buat pertama kali pada April 21, 1865 dan versi ubah suai ini kekal sebagai pilihan persembahan opera masa kini.

Versi ubah suai lebih banyak mengikuti cerita asal Shakespeare, namun beliau membuat sedikit perubahan yang lebih menarik. Cerita asal hanya mempuyai 3 ahli sihir wanita, Verdi menukarkan bahagian itu dengan menambah sekumpulan besar ahli sihir wanita dalam bentuk kumpulan koir menyanyi beramai-ramai dalam 3 bahagian harmoni.